Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UntukMU dan Keranamu MALAYSIA. Powered by Blogger.

POLITIK MALAYSIA: YANG BERHORMAT? YANG BERKHIDMAT? YANG BERHIMPUN?

>> Wednesday, June 12, 2013


Apakah politik Malaysia ‘berkempen’ 365 hari setahun di sepanjang 5 tahun akan datang ini bagi menghadapi PRU-14? Selepas PRU-12 pada 2008 iaitu ‘tsunami’ politik yang menyebabkan Pakatan Pembangkang menempa sejarah menakluk Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah. Manakala, Kelantan telah sekian lama diperintah PAS.

PRU-13 telah lebih sebulan berlalu yang menyaksikan BN meneruskan pemerintahan setelah diberikan mandat oleh rakyat. Namun, masih ada pihak yang tidak berasa puas hati dan mahu mencabar keputusan rakyat di jalanan mahupun di mahkamah.

Diketuai oleh Anwar Ibrahim, Pakatan PKR, PAS dan DAP mengadakan perhimpunan‘haram hitam yang mempertikaikan perjalanan PRU-13. Ketika DAP sudah membentuk kerajaan dengan melantik semula Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri di Pulau Pinang, Pakatan Pembangkang yang lain masih berkokok di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang dengan mendakwa PRU-13 tidak bersih.

Apakah PRU bertukar bersih sekiranya 3P menyapu bersih kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri? Adakah PRU-13 yang didakwa‘hitam menjadi‘putih’apabila Anwar melangkah ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri? Disebabkan gagal untuk ubah BN kepada pembangkang dan kegagalan bersihkan Malaysia dari kuasa BN, maka PRU didakwa tidak adil, tidak bersih.

Sebenarnya, BN juga terkejut dengan keputusan PRU-13 yang lalu terutama di beberapa kawasan tetapi tidaklah‘melompat ke sana sini dengan mendakwa kemenangan calon tertentu sebagai satu penipuan. Sebaliknya BN menerima dengan penuh sabar dan tawaduk.

Sebelum pengumuman calon, ada pemimpin BN yang membayangkan berlaku kejutan dalam senarai calon. Memang ada kejutan. Keputusannya juga satu kejutan. Pada peringkat awal, pemimpin begitu yakin dengan calon pilihan mereka tetapi akhirnya ramai yang tewas. Tidak pasti sama ada ketika mengemukakan calon, pemimpin parti masing-masing yakin menang atau senarai calon yang diturunkan sekadar ‘simpanan tetap’ untuk ‘dikeluarkan’ dalam pemilihan parti akan datang.

DAP juga menguasai empat kerusi Parlimen dan 14 DUN, pencapaian yang tidak pernah berlaku di negeri yang dianggap sebagai‘jantung hati BN dan tiang seri UMNO. Adakah ini petanda awal Johor juga bakal menjadi seperti Pulau Pinang dan Selangor? Kemungkinan yang tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak.

Persoalannya, siapakah sebenarnya yang mahu dipilih dalam PRU? Wakil rakyat yang sekadar bergelar ‘Yang Berhormat’ atau ‘Yang Berkhidmat’? Di sesetengah kawasan, pengundi mungkin tidak peduli lagi ‘Yang Berkhidmat’ kerana segala keperluan sudah tersedia. Mereka hanya perlu ‘Yang Berhormat’ yang cukuplah tunjuk muka sekali-sekala, lebih kerap menjelang PRU-13 dan selepas PRU, hilang.

Ada juga yang menang hanya ghairah ‘turun padang’ untuk berceramah. Masalah penduduk jatuh nombor dua atau serah kepada orang lain terutama kerajaan yang memerintah. PRU-13 bukan lagi soal pembangunan dan perkhidmatan yang diberi. Sudah tidak ada nilai-nilai berterima kasih kepada orang yang memberi sebaliknya tangan yang memberi itu akan ‘digigit’. Tidak ada lagi konsep orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Perasaan perkauman, fitnah, maki hamun dan cerita dongeng semasa PRU-13 yang dicetuskan melalui ceramah atau media sosial sudah meresap atau ‘merasuk’ mereka yang mendengar dan membacanya. Akhirnya ia menjadi seperti ‘api dalam sekam’.

Sesuatu harus dilakukan supaya keadaan tidak bertambah buruk akibat provokasi melampau ini. Pada PRU-14, generasi yang sempat merasai suasana ‘tegang, cemas dan susah’ suatu masa dulu dan golongan yang ‘makan garam terlebih dahulu’ semakin kurang. Perlahan-lahan peranan mereka akan diambil alih generasi yang lahir ‘di atas dulang yang serba-serbi sudah tersedia’ di depan mata. Mereka tidak mahu lagi menoleh sejarah silam yang ‘sukar dan susah’. Mereka ghairah mahu mencuba sesuatu yang baru. Tetapi sejauh mana kesediaan mereka untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain? Malang bagi orang Melayu yang sekadar mahu berubah tetapi keupayaan mereka masih terbatas dalam bidang ekonomi atau ilmu.


Kepada orang Melayu, cerdiklah ketika berpolitik. Jangan sampai menang sorak kampung tergadai; kalah jadi abu, menang jadi arang. Jangan dilupakan kisah teladan masa dulu-dulu termasuklah Pak Pandir, Pak Kaduk dan Lebai Malang.

Read more...

MELISSA GOOI BUKA MATA ‘ORANG MELAYU’ MALAYSIA

>> Monday, June 10, 2013


Isu penghinaan Yang di-Pertuan Agong dalam facebook miliknya membuatkan empunya nama Melissa Gooi menjadi terkenal di seluruh Malaysia dalam sekelip mata.

Sama ada sengaja atau tidak sengaja itu bukan persoalan tetapi apakah mereka (Melissa Gooi dan rakan-rakannya Shuh Chien Loo, Hun Kiet Wong, Carol Tay) mengetahui siapakah Yang di-Pertuan Agong? Mungkin mereka ini tidak menerima pendidikan yang setimpal kerana hanya bersandarkan kepada pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) di sekolah rendah mahupun menengah.

Bagi Melissa dan rakan-rakan Cinanya, mungkin istilah Yang di-Pertuan Agong tiada makna bagi mereka, tetapi tidak bagi rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu.

Kedangkalan Melissa dan rakan-rakannya yang secara terang menghina Yang di-Pertuan Agong seolah-olah mereka berada di negara China walhal mereka berada di Malaysia yang masyarakatnya hidup dalam kemajmukan.

Sehingga kini hanya Melissa Gooi sahaja yang telah ditahan manakala 4 lagi rakannya masih bermaharajalela di luar biarpun secara jelas membantu Melissa Gooi menghina Yang di-Pertuan Agong.

Kisah Melissa Gooi itu seharusnya menjadi satu kisah teladan oleh kita semua, juga oleh kerajaan BN yang diberi mandat baru dan oleh barisan jemaah Kabinet yang baru dilantik tempoh hari.

Bukan masa lagi mahu menongkat dagu memandang ke langit. Sesuatu harus dilakukan terhadap orang seperti Melissa yang semakin hari, semakin tahun, semakin dekad semakin generasi, semakin bertambah. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan mereka ini semakin berani berhadapan dengan pihak berkuasa seolah-olah ada tangan-tangan yang cuba membantu mereka.

Oleh itu wajarkah kesalahan Melissa Gooi ini hanya berhenti setakat ini sahaja? Atau, hanya membiarkannya berlalu tanpa sebarang tindakan susulan?

Read more...

SURVIVALKAH POLITIK MELAYU SELEPAS PRU-13?

>> Sunday, June 9, 2013


Keputusan PRU-13 telahpun diketahui juga dengan pemenangnya. Bagi parti yang kalah pastinya pahit yang dirasakan kerana sebelum PRU-13 mereka bukan sahaja yakin menang bahkan berpeluang memperoleh majoriti 2/3.

Hakikatnya keputusan PRU-13 banyak yang perlu dianalisis termasuklah ‘tsunami’ politik kaum Cina yang dilihat sangat mendadak. Semuanya disebabkan ‘kemenangan’ DAP yang berjaya menambah kerusi berbanding rakan dalam Pakatan Pembangkang seperti PKR dan PAS.

Di pihak BN pula kemenangan bergaya UMNO dan PBB di Sarawak menjelaskan bagaimana sokongan masyarakat Melayu dan Bumiputera masih setia kepada parti komponen BN itu. Ini sedikit sebanyak mengimbangi kekalahan komponen BN yang mewakili kaum Cina seperti MCA, Gerakan dan SUPP di Sarawak.

Menyedari pentingnya analisis PRU-13 bagi mencari punca kemenangan dan kekalahan, suatu post mortem perlu diadakan. Justeru, beberapa badan Bukan Kerajaan (NGO’s) telah membuat resolusi bertajuk Resolusi Wacana Post Mortem Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13): Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah. Hasilnya resolusi ini telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diambil tindakan bagi menjaga perpaduan dan hak bangsa Melayu.

Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, resolusi itu juga menggesa kuasa politik bangsa Melayu dikekalkan menerusi kerjasama erat parti-parti politik Melayu di negara ini.

"Kita tidak lagi mahu bangsa Melayu diperkotak-katikkan, bangsa Melayu mesti tegas, mesti lebih pintar.

"Saya menyeru kerajaan mendengar saranan daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu terutamanya Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang merupakan gabungan 287 NGO Melayu dengan 3.2 juta keahlian.

"Harapan kita kepada kerajaan adalah laksanakan amanah agar kesannya sampai ke akar umbi, baik daripada segi kuota bumiputera, bantuan pelajaran dan juga biasiswa kepada bumiputera.

Penganjuran wacana itu adalah inisiatif Gerakan Kesedaran oleh Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bagi membincangkan hala tuju politik untuk kepentingan survival ummah di Malaysia.

Kerajaan perlu mentadbir negara mengikut semangat Perlembagaan Persekutuan dan tidak melayan mana-mana tuntutan yang menidakkan hak bumiputera.

"Kita semua tahu DAP telah mengumpulkan sokongan majoriti kaum Cina, apa yang penting adalah Pas dan UMNO mesti bergabung atau sekurang-kurangnya bekerjasama termasuk dengan ahli politik Melayu PKR, NGO Melayu akan cuba membantu usaha ini.

Sementara itu, paling mencuri tumpuan dalam program wacana berkenaan adalah kemunculan seorang tokoh Orang Asli, Datuk Dr. Hashim Muhammad yang menyeru Melayu bersatu padu.

"Aku adalah orang Sakai suku Jakun yang pertama menjadi cikgu, aku masuk Maktab Perguruan Sultan Idris, aku belajar apa yang aku tak tahu cakap, akhirnya atas kuota Melayu aku dapat buat.

Orang Asli menerima banyak nikmat hasil perjuangan orang Melayu memerdekakan negara dan mereka perlu kekal bersatu bagi menjaga kepentingan hak bangsa serta kemakmuran negara.

Manakala, bagi masyarakat Bumiputera Sabah dan Sarawak politik Melayu yang berlangsung pada hari ini banyak memberikan manfaat kepada mereka khususnya dalam meningkatkan sosioekonomi mereka serta pembangunan di kawasan luar bandar.

Read more...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG MASA

PENGUNJUNG

About This Blog

Blog Politik Melayu Pinggir ini tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak termasuk mereka yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Jika sekiranya ada itu hanyalah secara kebetulan sahaja...

E-REFER

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP