Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UntukMU dan Keranamu MALAYSIA. Powered by Blogger.

POLITIK MALAYSIA: YANG BERHORMAT? YANG BERKHIDMAT? YANG BERHIMPUN?

>> Wednesday, June 12, 2013


Apakah politik Malaysia ‘berkempen’ 365 hari setahun di sepanjang 5 tahun akan datang ini bagi menghadapi PRU-14? Selepas PRU-12 pada 2008 iaitu ‘tsunami’ politik yang menyebabkan Pakatan Pembangkang menempa sejarah menakluk Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah. Manakala, Kelantan telah sekian lama diperintah PAS.

PRU-13 telah lebih sebulan berlalu yang menyaksikan BN meneruskan pemerintahan setelah diberikan mandat oleh rakyat. Namun, masih ada pihak yang tidak berasa puas hati dan mahu mencabar keputusan rakyat di jalanan mahupun di mahkamah.

Diketuai oleh Anwar Ibrahim, Pakatan PKR, PAS dan DAP mengadakan perhimpunan‘haram hitam yang mempertikaikan perjalanan PRU-13. Ketika DAP sudah membentuk kerajaan dengan melantik semula Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri di Pulau Pinang, Pakatan Pembangkang yang lain masih berkokok di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang dengan mendakwa PRU-13 tidak bersih.

Apakah PRU bertukar bersih sekiranya 3P menyapu bersih kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri? Adakah PRU-13 yang didakwa‘hitam menjadi‘putih’apabila Anwar melangkah ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri? Disebabkan gagal untuk ubah BN kepada pembangkang dan kegagalan bersihkan Malaysia dari kuasa BN, maka PRU didakwa tidak adil, tidak bersih.

Sebenarnya, BN juga terkejut dengan keputusan PRU-13 yang lalu terutama di beberapa kawasan tetapi tidaklah‘melompat ke sana sini dengan mendakwa kemenangan calon tertentu sebagai satu penipuan. Sebaliknya BN menerima dengan penuh sabar dan tawaduk.

Sebelum pengumuman calon, ada pemimpin BN yang membayangkan berlaku kejutan dalam senarai calon. Memang ada kejutan. Keputusannya juga satu kejutan. Pada peringkat awal, pemimpin begitu yakin dengan calon pilihan mereka tetapi akhirnya ramai yang tewas. Tidak pasti sama ada ketika mengemukakan calon, pemimpin parti masing-masing yakin menang atau senarai calon yang diturunkan sekadar ‘simpanan tetap’ untuk ‘dikeluarkan’ dalam pemilihan parti akan datang.

DAP juga menguasai empat kerusi Parlimen dan 14 DUN, pencapaian yang tidak pernah berlaku di negeri yang dianggap sebagai‘jantung hati BN dan tiang seri UMNO. Adakah ini petanda awal Johor juga bakal menjadi seperti Pulau Pinang dan Selangor? Kemungkinan yang tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak.

Persoalannya, siapakah sebenarnya yang mahu dipilih dalam PRU? Wakil rakyat yang sekadar bergelar ‘Yang Berhormat’ atau ‘Yang Berkhidmat’? Di sesetengah kawasan, pengundi mungkin tidak peduli lagi ‘Yang Berkhidmat’ kerana segala keperluan sudah tersedia. Mereka hanya perlu ‘Yang Berhormat’ yang cukuplah tunjuk muka sekali-sekala, lebih kerap menjelang PRU-13 dan selepas PRU, hilang.

Ada juga yang menang hanya ghairah ‘turun padang’ untuk berceramah. Masalah penduduk jatuh nombor dua atau serah kepada orang lain terutama kerajaan yang memerintah. PRU-13 bukan lagi soal pembangunan dan perkhidmatan yang diberi. Sudah tidak ada nilai-nilai berterima kasih kepada orang yang memberi sebaliknya tangan yang memberi itu akan ‘digigit’. Tidak ada lagi konsep orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Perasaan perkauman, fitnah, maki hamun dan cerita dongeng semasa PRU-13 yang dicetuskan melalui ceramah atau media sosial sudah meresap atau ‘merasuk’ mereka yang mendengar dan membacanya. Akhirnya ia menjadi seperti ‘api dalam sekam’.

Sesuatu harus dilakukan supaya keadaan tidak bertambah buruk akibat provokasi melampau ini. Pada PRU-14, generasi yang sempat merasai suasana ‘tegang, cemas dan susah’ suatu masa dulu dan golongan yang ‘makan garam terlebih dahulu’ semakin kurang. Perlahan-lahan peranan mereka akan diambil alih generasi yang lahir ‘di atas dulang yang serba-serbi sudah tersedia’ di depan mata. Mereka tidak mahu lagi menoleh sejarah silam yang ‘sukar dan susah’. Mereka ghairah mahu mencuba sesuatu yang baru. Tetapi sejauh mana kesediaan mereka untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain? Malang bagi orang Melayu yang sekadar mahu berubah tetapi keupayaan mereka masih terbatas dalam bidang ekonomi atau ilmu.


Kepada orang Melayu, cerdiklah ketika berpolitik. Jangan sampai menang sorak kampung tergadai; kalah jadi abu, menang jadi arang. Jangan dilupakan kisah teladan masa dulu-dulu termasuklah Pak Pandir, Pak Kaduk dan Lebai Malang.

Read more...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG MASA

PENGUNJUNG

About This Blog

Blog Politik Melayu Pinggir ini tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak termasuk mereka yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Jika sekiranya ada itu hanyalah secara kebetulan sahaja...

E-REFER

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP